SHAHMIE VACATION SDN BHD (KPL 9835)
1243721-A


Alamat: No 23A, Jalan U19,Taman Sri Buloh
Sungai Buloh,47000 Selangor

Email: Shahmievacation@gmail.com

Telephone : 03-6158 6313
Fax: 03-6158 6313

Registered member with :

Malaysia Tourism Ministry 9835

SSM: 1243721-A

VISITOR COUNTER

Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
  • call-now-new-01
  • whatsapp-1
  • YouTube Social  Icon
  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

PAKEJ UMRAH MAMPU PERGI

Tercari-cari Pakej Umrah Yang Selesa dan Berbaloi ?

Ya Sudah tentu anda inginkan Pakej yang TERBAIK dengan kos yang EKONOMI

Untuk Siapakah Pakej Umrah Ini?

  • Kepada yang berhajat untuk mengerjakan umrah tetapi berkemampuan terhad

  • Kepada yang inginkan pakej yang lengkap dan selesa

  • Kepada yang ingin mengerjakan Umrah dengan keluarga

  • Kepada yang ingin bimbingan dari Pembimbing umrah yang berpengalaman

  • Ingin pakej umrah yang menginap bersebelahan  dengan Masjidil Haram , tetapi pada harga Ekonomi

  • Perlukan bimbingan kursus umrah di Malaysia dan Bimbingan di Makkah dan Madinah

Apa Kata Pelanggan Kami

Encik Ahmad Zul

PutraJaya

Pernah ikut rombongan umrah pada 23 disember 2015 lepas.servis terbaik.mutawwif pon sporting

Encik Ali Abdul Ghani

Damansara

Pakej yang selesa dan lengkap

Terima Kasih Shahmie Travel

Puan Maya Bohari

Kuching ,Sarawak

Pernah ikut Umrah Jan 2017.
Sangat sangatlah puas hati!

Ikut lagi Balkan Nov 2017. 
Service yang sangat baik, tour guide in house Shahmie Travel dan counterparts di negara Balkan yang helpful, sporting dan berpengalaman. 
Keutamaan waktu solat, makanan, tempat tinggal dan aktiviti dan perancangan perjalanan sangat baik. 
Dah la saya pergi dgn keluarga besar, ada warga emas dan baby. Mencabar tu.. 
Tapi Shahmie Travel nailed it! They are ready for challenges. Inshaallah.
Kami sekeluarga happy sangat dan recommend sangat sapa nak pergi melancong dengan Shahmie Travel
Macam nak repeat lagi dgn Shahmie! 

Please reload

Memang di pasaran sekarang terdapat banyak Pakej Umrah yang ditawarkan dari hanya beberapa ribu sehingga puluhan ribu mengikut tawaran dari pengendali dan kemampuan Jemaah. Pakej Umrah yang murah juga tak kurang banyaknya, tetapi adakah pakej ini berbaloi dan selesa untuk anda ?

Keselesaan juga penting, jangan nanti anda disana mengeluh kerana banyak kemudahan yang perlu anda tambah sendiri untuk keselesaan anda!

Jadi kami tahu, ramai yang ingin menunaikan ibadah Umrah tetapi kurang berkemampuan. Kami cuba membantu menunaikan hajat anda selama ini, kini semua orang mampu dengan Pakej “UMRAH JIMAT” yang kami tawarkan.

Bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, terutamanaya golongan belia atau orang yang baru berkerjaya dan kurang berkemampuan, Sedaya Upaya kami memberikan harga mampu menunaikan ibadat Umrah dengan harga terbaik dari kami.

KELEBIHAN PAKEJ UMRAH MAMPU

PILIHAN PENERBANGAN TERBAIK

Kami hanya memilih penerbangan daripada Malaysia Airlines, Qatar Airways, Sri Lankan, Saudi Airlines, Etihad Airways bagi memastikan keselesaan para jemaah. Pilihan Utama adalah Penerbangan terus dengan khidmat premium untuk memastikan keselesaan jemaah kami sepanjang perjalanan terjaga.

PILIHAN HOTEL YANG SELESA

Penginapan yang selesa. Jarak hotel dengan Masjidil Haram kurang daripada 50 Meter (Pakej Hilton) atau 300m (Makkah) & Jarak Hotel dengan Masjid Nabawi kurang daripada 150m(Madinah)

KURSUS UMRAH INTENSIF

Pakej termasuk kursus umrah intensif selama 1 hari yang PERCUMA. Modul kursus yang mudah difahami dan diberikan bersama manual umrah, nota dan makan minum disediakan.Pihak kami juga bersedia untuk membuat kursus persendirian dengan permintaan jemaah .

TIADA KOS TERSELINDUNG

Harga yang di tawarkan adalah harga pakej penuh seperti dalam tawaran , bayaran tambahan di kenakan hanya kepada perkhidmatan yang di tambah oleh Jemaah seperti naik taraf Insuran , Ziarah tambahan yang tidak termasuk dalam ziarah percuma , Bayaran makanan dan minuman perendirian serta duit perbelanjaan peribadi

MAKAN DAN MINUM DI SEDIAKAN

Untuk memudahkan para jemaah, kami sediakan makan & minum 3 kali sehari ( Sarapan, Tengahari & Malam ) Malah , bagi kemudahan tetamu yang ingin memilih makanan sendiri , pakej half board juga di sediakan 

BIMBINGAN LENGKAP IBADAH UMRAH

Mutawif akan membimbing anda dari awal hingga akhir untuk 3 kali ibadah umrah anda. Kami akan pastikan ibadah umrah anda sempurna, InsyaAllah.

ALAT PENDENGARAN KHAS

Setiap Mutawif dibekalkan dengan Set Komunikasi Khas bagi memudahkan jemaah menerima bimbingan doa & tazkirah daripada mutawif dengan lebih jelas

MUTAWIF YANG MESRA BERPENGALAMAN

Menjadi amalan dan kekuatan syarikat kami adalah memastikan jemaah selesa dan mudah sepanjang di Tanah Suci. Segala keperluan para jemaah kami cuba penuhi dengan bantuan daripada Mutawif2 kami

Please reload

PILIHAN PAKEJ UMRAH

Tahun 2020 ( Januari - April)

kisspng-bestseller-label-sticker-the-new

Ibadah umrah merupakan satu ibadah yang melibatkan fizikal, mental dan rohani digunakan secara serentak dan ianya merupakan ibadah  sunat muakkadah atau ibadah sunat yang amat dituntut. Maka kesihatan dari segi jasmani terutamanya amat diperlukan bagi memastikan perjalanan ibadah umrah ini berjalan dengan lancar. Perancangan yang rapi sebelum mengerjakan umrah ini menentukan perjalanan anda semasa mengerjakan umrah itu nanti. Ianya termasuk bagaimana anda memilih pakej umrah yang bersesuaian dengan anda.

 

Pakej Umrah Biasa merupakan pakej umrah yang merangkumi lawatan di sekitar Mekah dan Madinah. Anda akan di bawa melawat tempat-tempat bersejarah di samping mengenali lebih dekat sirah Rasulullah dan para sahabat Baginda melalui tinggalan yang ada di sana.

Untuk mendekatkan diri pada Allah serta meningkatkan kecintaan kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, adalah amat penting untuk kita mendalami, menghayati serta mempraktikkan segala ajaran baginda. Melalui pelaksanaan Umrah, ianya juga merupakan sesuatu yang dituntut oleh baginda. Untuk memastikan keselesaan dalam menunaikan ibadah ini, pakej umrah yang sesuai dengan kehendak, kemudahan serta kewangan adalah amat penting.   

Oleh itu, kami mengharapkan anda juga bijak memilih pakej umrah yang sesuai, dan yang paling penting adalah menggunakan agensi pelancongan yang berkualiti, berpengalaman serta boleh dipercayai agar fokus anda dalam beribadah tidak terganggu dengan hal-hal yang tak diingini. 

Di sini kami senaraikan jadual perjalanan pakej umrah yang telah dirancang oleh rakan agensi umrah kami untuk memudahkan anda merujuknya. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda selepas ini.

JomTravel merupakan satu platform yang menggabungkan pakej umrah dari beberapa travel agent yang mempunyai lesen yang sah dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia serta Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR). Travel agent yang mana kami lakukan kerjasama ini bukan sahaja sah, malah mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam selok-belok pengurusan umrah. Kami di Jomtravel bertindak sebagai agen pemasaran kepada agensi-agensi ini kerana kami percaya, usaha yang baik yang telah dilakukan oleh mereka untuk memudahkan urusan perjalanan umrah para tetamu Allah ini harus dikongsi dan diwar-warkan kepada orang ramai serta kepada anda yang sedang mencari-cari pakej umrah yang berkualiti, dipercayai serta menepati kehendak anda. 

 

Dalam era globalisasi dan dunia internet kini, platform sebegini adalah sangat perlu dan penting supaya memudahkan orang ramai untuk memilih harga pakej umrah yang berpatutan dari pembimbing umrah yang berpengalaman serta boleh dipercayai.

 

Oleh kerana pelbagai taktik dan cara yang dilakukan oleh mereka-mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai travel agent, tetapi mereka tidak berdaftar dengan muassasah (travel agent di Mekah & Madinah), menyebabkan banyak kes-kes penipuan pakej umrah berlaku. Inilah tujuan asal platform ini diwujudkan, bagi membolehkan anda memilih pakej umrah yang sesuai, harga yang berpatutan, melalui agensi umrah yang berkualiti dan terbukti boleh dipercayai.

 

Apa yang penting bagi kami, supaya anda mendapat pakej umrah yang 'transparent' agar mudah untuk menunaikan ibadah dengan selesa, khusyuk, serta dipermudahkan segala urusan. Ibadah umrah dan haji ini merupakan kemuncak kepada keimanan kita kepada Allah. Di izinkan oleh Allah untuk menjadi tetamuNya dan berkunjung ke rumahNya, merupakan idaman setiap yang menganut agama Islam.

 

Semoga usaha kami yang sedikit ini, dapat membantu para jemaah untuk beribadah serta dipermudahkan untuk mendapatkan pakej umrah yang berkualiti, dipercayai serta diyakini dari segi pengurusannya yang rumit dan pasti menguji keimanan mereka yang menguruskannya. Wallahu a'lam.