8 Kebaikan Travel Semasa Luar Musim Puncak



1. Explore destinasi sebab memang itu tujuannya. Sebab yang paling jelas untuk travel semasa luar musim puncak adalah untuk mengelak kesesakan! Destinasi pilihan selalunya akan menjadi kurang padat semasa luar musim puncak, terutamanya kat tempat-tempat pelancongan yg famous. Berada kat tempat yg ramai orang boleh menjadi huru-hara, akan membuat kita lebih lama menunggu, dan pengalaman yang tidak diingini. Bayangkan bila akhirnya kita dapat melawat tempat percutian yg kita impikan, tapi habiskan sebahagian besar masa kita bersesak dengan orang ramai. Serius tak seronok! 2. Dapat memberi anda masa untuk perjalanan yang menyenangkan dan santai. Travel semasa luar musim puncak confirm kurang sibuk, bagus untuk pelancong dan juga penduduk tempatan bila kurang orang ramai semasa musim puncak. Bayangkan kita kena bersesak dengan orang ramai semata-mata nak cari tempat duduk sambil amazed by patung yang berusia 100 tahun and nikmati saat tu, yg mana kena halang dengan pelacong yg semua fikir sama macam kita. 3. Nikmati perjalanan yang lebih selesa. Kemungkinan besar, flight ada banyak space and kurang orang bila kita melancong semasa luar musim puncak. Kita ada peluang yang lebih tinggi untuk dapat seats bagus and harga flight yg lebih murah. Plus, kalau kita bernasib baik, boleh dapat free upgrade ke business class. Situasi menang-menang untuk semua orang! 4. Dapatkan peluang untuk blend in dalam budaya tempatan. Jangan pandang rendah dengan kegembiraan explore destinasi sebab memang seronok, tambah-2 dengan local people dalam daily life dorang. Ada pelancong kat marata tempat semasa musim puncak tambah dengan tourist bus yg melemaskan destinasi memang betul-2 menghilangkan daya tarikan tempat tu. Melawat semasa luar musim puncak boleh bagi kita pengalaman yg lebih seronok bila kita bergaul dengan orang setempat dan kenali budaya tempatan.


5. Susah membuat pilihan dengan pilihan yang tidak berkesudahan. Travel semasa musim puncak pun bermaksud ada ramai lagi orang lain yg nak buat aktiviti sama macam yg kita fikirkan pada masa yang sama, membuatkan kita kekurangan pilihan untuk memilih, samada dalam deal penerbangan dan penginapan. Sebaliknya, luar musim puncak membolehkan kita untuk ada lebih banyak pilihan. Contohnya, kita boleh dapatkan lokasi strategik yg lebih baik untuk penginapan kita dengan harga yang jauh lebih rendah! Kita juga boleh pilih untuk melawat tempat tarikan-tarikan popular, tanpa perlu bimbang pasal beratur lama. 6. Ikut aliran perjalanan. Pergi bercuti semasa luar musim puncak memberikan kita lebih banyak fleksibiliti. Hotel-hotel banyak kosong, dan beratur untuk pintu masuk untuk tempat-tempat pelancongan lebih pendek. Daripada perlu rancang awal dan tempah awal setiap yang kita nak pergi, kita boleh dapat lebih banyak masa untuk explore dan ikut aliran perjalanan. Selain itu, kurang halangan ke atas bila dan di mana untuk pergi, dan juga tak perlu terlalu mengikut jadual. 7. Tempah dengan kadar lebih murah untuk percutian yang tidak melebihi bajet anda. Semasa luar musim puncak, pelancong kurang dan kurang permintaan untuk penginapan, penerbangan, dan perkhidmatan lain. Oleh itu, syarikat penerbangan, hotel, pengusaha pelancongan, syarikat pelancongan, restoran dan perniagaan lain yang terjejas menawarkan diskaun atau promo dalam usaha untuk menarik lebih pelanggan membayar. Dengan harga menurun untuk penginapan, ia juga lebih mudah untuk mendapatkan tempat yang berpatutan untuk tinggal di bandar, yang berhampiran tarikan utama pelancong. Luar musim puncak adalah waktu yang paling tepat untuk melawat destinasi mahal, dengan banyak promosi dan tawaran harga. 8. Kenali penduduk tempatan lebih baik bila dorang selesa. Penduduk tempatan cenderung untuk mengelak dengan tempat-tempat dan kawasan-kawasan yang sering dikunjungi pelancong semasa musim puncak. Dengan melawat semasa luar musim puncak, kita boleh mendapat peluang untuk berinteraksi lebih dan berkenalan dengan penduduk tempatan. Kita juga akan mendapat pengalaman yang lebih banyak daripada budaya tempatan dan pemahaman yang lebih baik daripada kehidupan seharian dorang. Penduduk tempatan pun selalunya menjadi lebih mesra dan mudah didekati bila dorang tidak ditenggelami oleh kerumunan pelancong berduyun-duyun ke bandar-bandar dorang.


Korang ada pengalaman sendiri berkaitan kebaikan travel semasa luar musim puncak? Kongsi bersama kami di ruangan komen.


13 views

SHAHMIE VACATION SDN BHD (KPL 9835)
1243721-A


Alamat: No 23A, Jalan U19,Taman Sri Buloh
Sungai Buloh,47000 Selangor

Email: Shahmievacation@gmail.com

Telephone : 03-6158 6313
Fax: 03-6158 6313

Registered member with :

Malaysia Tourism Ministry 9835

SSM: 1243721-A

VISITOR COUNTER

Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
  • call-now-new-01
  • whatsapp-1
  • YouTube Social  Icon
  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon