5 Lokasi Pilihan Untuk Kaki Shopping Di Ho Chi Minh, Vietnam

Updated: Dec 4, 2019


Sebut sahaja Ho Chi Minh, Vietnam, ramai daripada golongan wanita yang sangat teruja untuk ke sini. Mana tidaknya, destinasi ini mendapat jolokan lokasi membeli-belah yang menyeronokkan kerana harga yang ditawarkan sangat murah serta menjimatkan. Lupakan sebentar destinasi menarik lain yang ada di Vietnam seperti lokasi bersejarah atau tempat yang menyajikan permandangan yang indah. Fokus utama adalah lokasi membeli-belah yang boleh buat pengunjung naik gila dan rambang mata.


Jika merancang bercuti ke Ho Chi Minh bandar raya ini yang dulunya dikenali sebagai Saigon untuk membeli-belah, komunikasi tidak menjadi masalah kerana kebanyakan peniaga boleh berbahasa Melayu. Terutama di kawasan yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia seperti Saigon Square, Night Square, Ben Tay, Dong Koi Street dan Pasar Ben Tahn. Jom terjah lokasi wajib untuk membeli-belah dI Ho Chi Minh.


Ben Thant Market

Pasar ini sangat popular menjadi destinasi yang wajib singgah untuk membeli-belah kerana ada pelbagai barangan yang boleh anda peroleh dengan harga yang sangat murah. Antaranya seperti kain ela, kasut, beg, dan cenderamata. Selalunya, kaum wanita memang rambang mata di sini dan boleh jadi sehari suntuk mereka menghabiskan masa mencari barang atau buah tangan untuk di bawa pulang ke tanah air.


Selain itu, bagi anda yang berminat untuk menempah baju atau kasut mengikut stail dan ‘design’ sendiri, tempahan diterima dan yang paling mengujakan, pakaian anda boleh disiapkan hanya dalam masa satu hari! Menarik bukan?

Cho Binh Tay Market @Chinatown


Di Cho Binh Tay Market turut menjual produk berupa kain ela, tudung dan telekung tetapi tidak sebanyak pilihan yang ada di Ben Thant Market. Namun dikatakan harganya lebih murah berbanding di Ben Thant Market.

Peniaga di sini juga mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan memudahkan pengunjung kita untuk tawar-menawar dengan jayanya.


Nguyen An Ninh Street @Malaysian Street


Nguyen An Nonh Street atau dikenali sebagai Malaysian Street ini pula ala- ala seperti Jalan TAR dan terdapat pelbagai barangan Malaysia yang dijual di sini.


Telekung, baju, tudung dan jubah adalah barangan biasa dijual di sini. D sini turut menyediakan restoran makanan Malaysia yang halal. Oleh itu, anda tidak perlu risau kelaparan sepanjang berada di Vietnam.


Butik Hong Anh

Butik ini menjual pelbagai jenis baju kurung, kebaya, dan jubah yang khusus buat wanita. Harganya mungkin sedikit mahal jika dibandingkan lokasi membeli-belah lain di Ho Chi Minh kerana kualiti kainnya lebih menarik dan eksklusif.

Outlet Mac Viet


Jika anda peminat kraftangan atau ingin mencari cenderamata buat keluarga dan sahabat handai di Malaysia, Mac Viet adalah tempat yang harus dituju. Di sini, terdapat pelbagai hasil kraftangan yang unik dan kreatif boleh didapati dengan harga yng murah. Buat anda yang bakal mendirikan rumahtangga, anda boleh menempah kad kahwin di sini kerana seni rekanya begitu unik dan kreatif.



Tip!


Walaupun nilai yang dipamerkan masih di bawah harga yang rendah dan murah, anda anda masih lagi boleh tawar-menawar ketika membeli barang.Pastikan anda tawar-menawar 50 peratus daripada harga yang diletakkan.


Begitupun, jika tidak serius hendak membeli, usah cuba tawar-menawar kerana peniaga di pasar ini mungkin bertindak kasar atau memarahi anda.Sentiasa berhemah dalam memilih barangan dan jangan berkasar dengan peniaga walaupun mereka agak agresif dengan anda.


Jangan sesekali beritahu anda baru pertama kali di negara itu. Jika tidak harga yang anda tawar-menawar susah untuk dimiliki. Katakan anda sudah biasa berbelanja di kawasan itu.

Sentiasa semak matawang yang anda gunakan di sana.


Contoh seperti baki wang yang diterima atau jenis wang yang akan diberi kepada peniaga. Untuk newbies anda mungkin keliru dengan jumlah wang kertas yang banyak dan tebal di dalam dompet setelah ditukar ke matawang negara Vietnam iaitu Dong (VND).


Menggunakan kalkulator sebagai alat komunikasi utama walaupun peniaga di situ mahir berbahasa Malaysia. Caranya mudah, pilih barang yang anda minat kemudian nyatakan harga pada kalkulator.


Sekiranya peniaga berkenaan enggan, tinggalkan gerai berkenaan dan dia pasti mengejar seterusnya bersetuju dengan harga yang ditawar.


Ingin kan pengalaman bercuti dan membeli belah di Vietnam?

KLIK DI SINI

SHAHMIE VACATION SDN BHD (KPL 9835)
1243721-A


Alamat: No 23A, Jalan U19,Taman Sri Buloh
Sungai Buloh,47000 Selangor

Email: Shahmievacation@gmail.com

Telephone : 03-6158 6313
Fax: 03-6158 6313

Registered member with :

Malaysia Tourism Ministry 9835

SSM: 1243721-A

VISITOR COUNTER

Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
  • call-now-new-01
  • whatsapp-1
  • YouTube Social  Icon
  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon