SHAHMIE VACATION SDN BHD (KPL 9835)
1243721-A


Alamat: No 23A, Jalan U19,Taman Sri Buloh
Sungai Buloh,47000 Selangor

Email: Shahmievacation@gmail.com

Telephone : 03-6158 6313
Fax: 03-6158 6313

Registered member with :

Malaysia Tourism Ministry 9835

SSM: 1243721-A

VISITOR COUNTER

Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
  • call-now-new-01
  • whatsapp-1
  • YouTube Social  Icon
  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

Lokasi wajib di lawati bagi destinasi Phuket dan Krabi Thailand

Apakah tempat menarik di Phuket yang popular? Bergelar seorang Muslim bukanlah penghalang untuk anda berkunjung ke tempat yang sukar ditemukan makanan yang halal dan aktiviti yang patuh syariah.


Tidak dapat dinafikan Phuket mempunyai sejarah yang panjang dan terkenal, oleh itu memang sangat banyak tempat tempat menarik di Phuket yang anda harus temui.


Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda tips percutian Phuket dan Krabi


Apabila anda tiba di Phuket, anda boleh bersiar-siar dahulu serta “sightseeing” Phuket bermula dari lapangan terbang Phuket.


Untuk menikmati pemandangan Phuket, anda boleh lakukannya daripada “lookout viewpoint” utama Phuket iaitu Rang Hill.


Kemudian, anda boleh teruskan aktiviti anda dengan menikmati hidangan makan tengah hari di restoran Muslim tempatan. Antara restoran yang kami cadangkan untuk anda adalah Little Marina Restaurant.


Little Marina bersaiz kecil dan besar dalam kualiti. Restoran butik yang bergaya di kompleks Boat Plaza menawarkan pemandangan tasik yang hebat, tempat duduk dalaman dan luaran serta pelbagai hidangan halal Thai yang hebat yang dibuat dengan bahan-bahan segar. Hidangan ini mempunyai semua rasa asli Thailand, tetapi dengan kadar cili yang sedikit dikurangkan, menjadikannya hebat untuk pengunjung dari negara-negara dengan masakan negara kurang pedas.

Harga sangat berpatutan, terutamanya memandangkan kualiti yang ditawarkan.

Waktu Pembukaan: 18:00 - 23:00

Lokasi: Boat Plaza, Bandar Phuket Tel: +66 (0) 87 280 9343


Sebaik sahaja anda selesai menikmati hidangan makan tengah hari, anda boleh teruskan aktiviti anda dengan mengunjungi kedai cenderahati dan juga pasar.


Seterusnya jangan lupa untuk ke kilang “cashew nut” di Phuket kerana ia merupakan diantara produk tempatan yang paling popular di Phuket.

Penutup untuk hari ketibaan anda disana boleh dilakukan dengan penuh kesempurnaan dengan menikmati keindahan pemandangan matahari terbenam di Promtape Cape.


Angin desir pantai di Promtape Cape sangat nyaman dan memberikan anda kesegeraan di petang hari.


Phi Phi Island–Pulau terkenal di kawasan Laut Andaman


Phi Phi Island merupakan diantara destinasi snorkeling utama dunia dan juga merupakan tumpuan pelancong untuk aktiviti “diving”.


Ia terletak diantara Phuket dan Krabi namun ia terletak dibawah wilayah Krabi. Jaraknya dari Phuket adalah 48 KM dan jaraknya dari Krabi pula adalah sekitar 45 KM.


Terdapat dua bahagian utama disini iaitu Phi Phi Don dan juga Phi Phi Lay yang dipisahkan oleh laut.

Phi Phi Don merupakan bahagian terbesar dan satu-satunya pulau yang berpenghuni. Phi Phi Lay pula merupakan pulau yang lebih kecil dan terletak dibahagian selatan.


Aktiviti utama yang anda boleh lakukan disini sudah semestinya snorkeling dan juga diving.

Namun, anda juga boleh melakukan “rock climbing” dan “hiking” di Phi Phi Don. Untuk aktiviti yang lebih menenangkan, anda boleh berjemur di tepi pantai dan diurut.


Phang Nga Bay–Teluk tercantik didunia

Tidak dapat dinafikan bahawa Phang Nga Bay merupakan diantara tarikan utama bagi pengunjung.


Anda boleh menjelajah teluk ini dengan menaiki bot atau kanu.

Bagi kebanyakan penyedia perkhidmatan kanu, laluan utamanya akan melalui kawasan pembentukan batu yang unik, batu kapur, tasik-tasik yang tersembunyi, pantai kecil dan juga gua.

Disini juga terdapatnya perkampungan dan penduduknya terdiri dari orang islam, anda boleh mendapatkan makanan halal yang sedap-sedap.

Terdapat juga masjid yang wujud di sini dan memudahkan pelancongan untuk melakukan solat.


Kebiasaannya anda akan dibawa melalui Khao Ping Gan yang merupakan salah satu lokasi penggambaran filem James Bond, “The Man with the Golden Gun”.

Tempat ini juga turut dikenali sebagai James Bond Island. Sebaik sahaja pengenalannya di dalam film James Bond, pulau ini semakin mendapat tumpuan daripada pelancong dari dalam dan luar negara.


Pulau ini mempunyai pemandangan yang sangat menarik namun anda harus beringat sekiranya anda datang berkunjung ke sini pada “high season”, ia akan sesak dengan pelancong.

Jadi, rancang percutian anda dengan sebaiknya.


Sekian sahaja artikel kali ini berkaitan dengan percutian Phuket Thailand untuk Muslim. Jangan risau.

Tiada masalah bagi anda yang bergelar seorang muslim untuk melancong walau kemana sekalipun.


Baca juga: 10 Aktiviti Anda Boleh Lakukan di Phuket [POPULAR]