SHAHMIE VACATION SDN BHD (KPL 9835)
1243721-A


Alamat: No 23A, Jalan U19,Taman Sri Buloh
Sungai Buloh,47000 Selangor

Email: Shahmievacation@gmail.com

Telephone : 03-6158 6313
Fax: 03-6158 6313

Registered member with :

Malaysia Tourism Ministry 9835

SSM: 1243721-A

VISITOR COUNTER

Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
  • call-now-new-01
  • whatsapp-1
  • YouTube Social  Icon
  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

Tips melancong ke Bali dan tempat-tempat yang boleh di lawat [PANDUAN TERKINI]

Updated: Sep 3, 2019



Siapa Yang Bercadang Liburan Ke Bali Jom Kita Study Sikit Bali merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di dunia, banyak perkara yang dapat boleh dilakukan di pulau kecil ini.Terkenal dengan keindahan Landskap dan juga pantai yang memutih serta senibina kebudayaan yang cukup menarik.



Bagi pelancong, mereka lebih berminat untuk meneroka dan mencari maklumat menarik berkaitan budaya dan seni di pulau Bali.

Tips Melancong ke Bali ✅ Pilih Tempat Lawatan yang Utama dahulu Bali memang terkenal dengan banyak destinasi pilihan yang mesti dilawati. Pantai Kuta, Tampak Siring, Tanah Lot dan bermacam lagi tempat menarik yang buat anda rambang untuk memilih. Dengan kesesakan lalu lintas serta kepadatan orang yang tinggi perlu dipertimbangkan bagi penyusunan perjalanan dan tempat lawatan yang bakal dilawati.Kalau nak melihat lebih banyak tempat , tambah sahaja tempoh lawatan anda satu atau 2 malam lagi ✅ Bawa Pakaian yang Bersesuaian Pilih pakaian yang bersesuaian disana, disamping faktor cuaca yang panas berserta dengan kerap hujan perlu dititik beratkan semasa pemilihan pakaian. Pakaian mandi jangan lupa, barangkali anda menginap di 'Private Villa' yang mempunyai kolam renang.Sekiranya melibatkan aktiviti air ataupun melihat Ikan Dolphin ,pastikan bawa pakaian basah yag sesuai . ✅ Pilih Tarikh yang Sesuai Sedia maklum, Hindu Buddha adalah agama rasmi di Bali. Mereka mempunyai hari ritual ritual pada setiap tahun dan melibatkan keseluruhan penduduk asal di sana, elakkan melancong ke Bali ketika 'Hari Nyepi'. Jika anda berada ketika tempoh perayaan ini, anda akan mendapati segala perusahan, perniagaan, aktiviti malah lapangan terbang juga ditutup sehari pada hari tersebut. ✅ Berhati - Hati dengan Haiwan Liar Anjing liar dan monyet banyak terdapat di Bali, disebalik muka mereka yang comel comel perlu berhati hati kerana ada kala mereka agak liar dan ada yang mempunyai penyakit seperti anjing gila serta penyakit berbahaya yang lain.Elakkan untuk memberi makan kepada haiwan liar ini , di khuatiri akan menyebabkan 'serbuan' dari binatang lain yang berdekatan.Sila jaga barang berharga anda terutamanya telefon dan barang kecil. ✅ Pilih Makanan dengan Baik Indonesia terkenal dengan banyak makanan 'street food' yang mengiurkan, tetapi sila berhati hati dalam memilih. Takut makanan yang dipilih adalah tidak halal.Boleh berhubung dan bertanya dengan tour guide atau pemandu anda berkenaan sumber makanan di sini, jangan risau kerana ada komuniti Orang Islam juga yang membekalkan makanan Halal sedap dan murah.





Nak Pergi Bali ? Pakej Ground kami 3hari 2malam , dengan Full day Tour dan Makanan Halal ,serendah RM350 seorang sahaja

Nak tengok pakej yang ada ? Klik sahaja butang di bawah ye

https://www.jomtravel.com.my/pakej-bali-murah-with-tour-3d-2n


klik disini