SHAHMIE VACATION SDN BHD (KPL 9835)
1243721-A


Alamat: No 23A, Jalan U19,Taman Sri Buloh
Sungai Buloh,47000 Selangor

Email: Shahmievacation@gmail.com

Telephone : 03-6158 6313
Fax: 03-6158 6313

Registered member with :

Malaysia Tourism Ministry 9835

SSM: 1243721-A

VISITOR COUNTER

Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
Pakej Honeymoon,Pakej BulanMadu,Pakej Bulan Madu ,Pakej honeymoon Bali
  • call-now-new-01
  • whatsapp-1
  • YouTube Social  Icon
  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

BUTIRAN PAKEJ UMRAH 

Cadangan Aturcara Perjalanan

( Tertakluk perubahan semasa dan keadaan cuaca )

Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan pergi dan balik

  • Visa Umrah (tidak termasuk visa umrah SR2000 sekiranya mempunyai rekod mengerjakan umrah antara tahun 2015-2018. Tertakluk kepada keputusan kerajaan Arab Saudi)

  • Penginapan di hotel yang telah di tetapkan

  • Segala lawatan dalam aturcara

  • Beg pakaian, beg sandang & buku panduan umrah

  • Perlindungan takaful​

Pakej Tidak Termasuk :

  • Wang Perbelanjaan

  • Perkhidmatan Menolak Kerusi Roda

  • Tambahan Caj Visa Bagi Jemaah Bukan Warganegara Malaysia

  • Ziarah Tambahan

  • Lain-Lain Yang Tidak Dinyatakan

Terma & Syarat:

  • Pembayaran deposit sebanyak RM1000 seorang untuk pengesahan tempahan

  • Aturcara yang tertera bergantung kepada jadual penerbangan semasa

  • Pembayaran penuh dalam masa 2 bulan sebelum tarikh berlepas.

HARI 01

KUALA LUMPUR – MAKKAH / MADINAH
Semua jemaah diminta berada di KLIA, 3 jam sebelum waktu penerbangan. Penerbangan ke Saudi (JED/MED) terus ke Madinah. Daftar masuk hotel dan rehat.


HARI 02

MADINAH
(Ziarah Dalam) berkumpul dan meneroka persekitaran Masjid Nabawi bersama mutawif. Lawatan ke Taman Saqifah, Raudhah, Maqam Sahabat, Perkuburan Baki dan persekitarannya.


HARI 03 MADINAH
(Ziarah Luar) Lawatan di sekitar Bandar Madinah – kawasan bersejarah. Antaranya Masjid Quba, Qiblatain, Medan Uhud, Ladang Kurma & Pasar Kurma. Sebelah petang, santai – aktiviti bebas.


HARI 04 MADINAH
(Ziarah Tambahan*) Lawatan di sekitar Bandar Madinah – kawasan bersejarah. Antaranya Masjid Sajadah, Jabal Uhud, Gua Thaibah, Gua Mutaka’, Qasr Urwah bin Zubair, Qasr Ka’ab bin Al-Asyraf, Masjid Jumu’ah, Gua Sajadah, Medan Khandaq. Taklimat pergerakan mengerjakan umrah.


HARI 05 MADINAH – MEKAH
Ziarah Wida. Bersedia utk bergerak ke Makkah. (MIQAT 1) miqat umrah di Bir Ali. Tiba di Makkah, bersama mutawwif menyelesaikan ibadah Umrah.


HARI 06 MEKAH
Acara bebas. Perbanyakkan amalan di Masjidil Haram.


HARI 07 MEKAH
(Ziarah Tambahan*) Lawatan di sekitar Masjidil Haram. Antaranya, Maulid Nabi SAW, Tapak Rumah Saidatina Khadijah, Perkampungan Bani Abi Thalib, Jabal Abi Kubais, Jabal Sofa, Rumah Saidina Arqam bin AbiArqam, Tapak Masjid Ra’yah (Masjid Kucing), Masjid Syajarah (Pokok), Masjid Jin (Raja Jin), Pemakaman Ma’la.


HARI 08 MEKAH
(MIQAT 2) Ziarah Manasik Haji. Lawatan ke Gua Thur, Padang Arafah, Muzdalifah*, Mina*, Jamarat* dan Gua Hira* (lalu). Seterusnya berniat ihram/umrah di Miqat Jaaranah.


HARI 09 MEKAH
(MIQAT 3) Ziarah ke Muzium Haramain, Ladang Ternakan Unta serta berniat ihram/umrah di Miqat Hudaibiyah. (tertakluk pada kelulusan).


HARI 10 MEKAH
Acara bebas. Perbanyakkan amalan di Masjidil Haram.


HARI 11 MEKAH – KUALA LUMPUR
Tawaf Widak, bersedia untuk bergerak ke airport untuk penerbangan pulang ke KUL.


HARI 12 KUALA LUMPUR
Inshaallah, dijangka tiba di Kuala Lumpur.


“Semoga mendapat rahmat & kasih sayang Allah – umrah yang diterima” Inshaallah.
Nota:*Aturcara adalah tertakluk pada sebarang perubahan tanpa notis

Galeri Jemaah

1/1

Ibadah umrah merupakan satu ibadah yang melibatkan fizikal, mental dan rohani digunakan secara serentak dan ianya merupakan ibadah  sunat muakkadah atau ibadah sunat yang amat dituntut. Maka kesihatan dari segi jasmani terutamanya amat diperlukan bagi memastikan perjalanan ibadah umrah ini berjalan dengan lancar. Perancangan yang rapi sebelum mengerjakan umrah ini menentukan perjalanan anda semasa mengerjakan umrah itu nanti. Ianya termasuk bagaimana anda memilih pakej umrah yang bersesuaian dengan anda.

 

Pakej Umrah Biasa merupakan pakej umrah yang merangkumi lawatan di sekitar Mekah dan Madinah. Anda akan di bawa melawat tempat-tempat bersejarah di samping mengenali lebih dekat sirah Rasulullah dan para sahabat Baginda melalui tinggalan yang ada di sana.

Untuk mendekatkan diri pada Allah serta meningkatkan kecintaan kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, adalah amat penting untuk kita mendalami, menghayati serta mempraktikkan segala ajaran baginda. Melalui pelaksanaan Umrah, ianya juga merupakan sesuatu yang dituntut oleh baginda. Untuk memastikan keselesaan dalam menunaikan ibadah ini, pakej umrah yang sesuai dengan kehendak, kemudahan serta kewangan adalah amat penting.   

Oleh itu, kami mengharapkan anda juga bijak memilih pakej umrah yang sesuai, dan yang paling penting adalah menggunakan agensi pelancongan yang berkualiti, berpengalaman serta boleh dipercayai agar fokus anda dalam beribadah tidak terganggu dengan hal-hal yang tak diingini. 

Di sini kami senaraikan jadual perjalanan pakej umrah yang telah dirancang oleh rakan agensi umrah kami untuk memudahkan anda merujuknya. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda selepas ini.

9f7b91bd-6fcd-4556-baec-57ec39708cb4